Resepi : Asam Pedas Pekan Mutah

Asam Pedas Pekan Mutah!!

Assalamualaikum Semua ,

Moga sihat Wal-afiat !!

40 celcius..!!

Suhu diatas menunjukkan betapa panasnya pekan Mutah salah sebuah pekan yang terletak di wilayah Karak , selatan bumi Jordan ni. Tidak seperti tahun-tahun sudah cuaca pada tahun ini nampaknya jauh lebih panas, kebiasaannya kawasan Mutah tidaklah menerima cuaca yang panas sangat dek kedudukan di tanah tinggi berbukit bukau ni. Mungkin inilah kesan “global warming” yang semakin menjadi-jadi ini.

Dari pintu kampus nak ke kuliah umpama berjalan dalam ketuhar , kipas pun rasa panas disebabkan haba yang panas. Bila panas-panas begini , terasa rindu pula dengan musim sejuk..(hehe)

Inilah rempah dan rencah di perantauan orang. Pengalaman indah yang tidak dapat dijual beli. Laluinya dengan gembira!!

Jadi….

Hari ni saya nak berkongsi resepi dengan pembaca semua, baru-baru ini, terdetik di hati saya untuk menyediakan asam pedas ikan, hampir 2  kali juga tertangguh disebabkan bahan tiada [asam jawa] , selongkar punya selongkar rupanya asam jawa tesorok di belakang raga dapur. Akhirnya saya memulakan misi!!

Jom kita tengok bahan-bahannya [saya buat se "simple" mungkin] :

Bahan-bahan :

  1. Ikan Mackarel 3-4 ekor potong kecil-kecil (ikan jenis ini saja yang sesuai digunakan di Mutah)
  2. Daun kesum (kalau ada , saya gantikan dengan serai, nak buat macam mana itu saja yang ada)
  3. Asam keping
  4. Garam dan gula
  5. Air perahan asam jawa 1 mangkuk sederhana
  6. Air 1 jag – terpulang nak pekat atau tak sama pedas anda

Bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar :

  1. Bawang besar 1 ulas
  2. Bawang putih 2-3 ulas
  3. Halia
  4. Kunyit hidup (jika ada, jangan guna kunyit serbuk)
  5. Cili kering yang direbus (1 genggam saja)
  6. Belacan sedikti (jika ada)

Penyediaannya :

  1. Panaskan minyak atas kuali
  2. Tumis semua bahan2 yang telah dikisar tadi hingga agak kering .
  3. Masukkan Ikan dan gaul.
  4. Masukkan Air asam jawa , air , serai dan asam keping tadi.
  5. Sesudah mendidih , masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Biarkan warnya benar-benar menyala..baru ada “umphh”
  7. Selesai..sedia untuk dihidang !!

Jadi anda bolehlah sama-sama mencuba resepi ini di rumah bersama-sama kawan-kawan yang lain. Tak susah , mudah saja. Semudah ABC.. (heheh)!!

Jumpa lagi di lain resepi….

Mohd Lutfi Hafifi.

P/s : Teringat asam pedas Adabi Khairullah masa dia bergelar ahli rumah Bayt JIM.

Resepi : Roti Jala Nihaei’

Roti Jala Nihaie'

Assalamualaikum semua..

Bertemu lagi kita dalam resepi dari dapur Bayt JIM. Semoga anda sihat-sihat dan ceria selalu hendaknya.

Alhamdulillah, sekarang kami di Jordan khususnya di Universiti Mu’tah sedang dalam musim peperiksaan akhir semester.

Masih dalam study week ini, kami ahli-ahli Bayt JIM telah berjaya menyediakan satu lagi juadah resepi yang saya kira cukup popular di Malaysia, roti jala.

Bersempena peperiksan akhir ini atau dalam bahasa Arabnya imtihan nihaie‘ maka kami pun menamakannya roti jala Nihaie’. Penyediaannya agak mudah dan tidaklah terlalu rumit dan yang menjadikannya rumit hanyalah perkakas acuan roti jala yang memang tiada jual di Jordan (setakat yang saya nampak). Mujurlah Epoi pinjam dengan Farid. Terima kasih Farid sekeluarga. Tahniah baru dapat Iqamah. ^-^

Jadi jom kita belajar :

ROTI JALA

bahan-bahan :

  1. Tepung gandum
  2. Telur 2 – 3 biji
  3. Mentega (kalau tak ada , ganti dengan minyak)
  4. Serbuk kunyit
  5. Garam
  6. Gula
  7. Air

Cara menyediakan :

  1. campur semua adunan diatas sampai cair sehingga boleh tembus acuan roti jala.
  2. panaskan kuali leper dan letak minyak sikit sahaja kemudian ratakan
  3. apabila kuali panas, bolehlah menjala diatas kuali itu dalam 2-3 mnit.
  4. Angkat dan boleh gulungkan diatas pingggan yang leper.

Roti jala sedap dimakan dengan kuah kari, lebih baik kari yang pekat. Jadi anda bolehlah menyediakan kuah kari mengikut citarasa sendiri. Kemudian anda bolehlah menikmatinya bersama-sama teh atau kopi sambil membaca buku.

Selamat mencuba!!

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, selamat menempuhi imtihan nihaie’..

Doakan saya!!

Semoga berjaya!! Bittaufiq Wa annajah!!

Dari,

Lutfi Haffi.
Dapur Bayt JIM.

Resepi : Pizza Ekspress

Pizza Ekspress Bayt JIM

Assalamualaikum..

Apa khabar semua pembaca semua, semoga ceria dan berbahagia selalu dan berfikiran cemerlang sentiasa.

Ya, bagaimana nak jadi insan yang cemerlang ?

Ya..Insan yang cemerlang lahir dari akal yang bersih, hati yang tenang, jiwa yang mantap!!

Begitulah sedikit motivasi untuk petang ini.

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi dengan anda semua. Resepi yang boleh dipraktikkan dimana-mana, mudah, jimat dan sedap. Insyallah. kemungkinan ada yang biasa dengar resepi ini. Mi segera jadi Pizza. inilah yang saya nak kongsikan bersama-sama anda kali ini. kalau jemu makan mi segera, kita ubahsuai supaya tak jemu. Menu ini amat sesuai untuk orang yang bujang mahupun sudah berkeluarga. Jom,  mari kita kongsikan bersama.

Sebelum itu , sedikit info tentang mi segera yang saya baca di akhbar baru-baru ini mungkin boleh membuatkan kita terfikir, “tak sangka!!” , diantara petikan artikel itu ialah :

Presiden Persatuan Mi Segera Dunia (WINA), Koki Ando berkata, berikutan aliran peningkatan itu, persatuan berkenaan meletakkan matlamat untuk menjadikan mi segera sebagai makanan global sebagai menggantikan makanan ruji di dunia.
Katanya, khasiat mi segera juga telah diperkaya dengan nutrien dan zat makanan yang seimbang seperti protein dan karbohidrat yang membantu diet pemakanan individu.

Anda boleh klik link di bawah untuk pembacaan penuh :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Bahan-bahannya :

  1. 2 bungkus mi segera (tak kisah perasa apa pun)
  2. Telur 3 biji
  3. bawang besar (dipotong dadu)
  4. Cili merah/hijau (dipotong kecil)
  5. Serbuk lada hitam/putih (1 sudu kecil)
  6. Sayur campur – pilihan
  7. Hotdog/tuna/isi ayam (dipotong kecil) – pilihan.
  8. Minyak untuk memasak.

Cara menyediakannya :

  1. Rebus mi segera (perencah jangan letak)
  2. Sediakan satu mangkuk besar.
  3. Letakkan semua bahan-bahan dan gaulkan bersama-sama mi segera yang direbus tadi bersama-sama perencah mee segera.
  4. panaskan kuali leper dan letakkan 3 / 4 sudu minyak.
  5. Bila sudah panask, masukkan bahan-bahan tadi .
  6. masak macam masak telur dadar. (dalam 5 minit)
  7. Tips : api yang sederhana supaya tidak hangus.
  8. Sedia untuk dihidang.

Menu ini sesuai untuk minum petang atau bila-bila masa sahaja ketika anda lapar. Jadi, Insyallah kita berjumpa lagi di resepi akan datang. Semoga hujung minggu ini dijadikan waktu cuti yang berfaedah buat anda semua.

Semoga anda berbahagia selalu.

Renung-renungkan,  selamat beramal!!

Mohd Lutfi Hafifi.

Resepi : Pasembor Perantau

Pasembor Perantau di Bayt JIM

Orang kata memasak di dapur dapat menghilangkan kebosanan.

Orang kata memasak di dapur dapat melahirkan rasa cinta dan sayang dan membuang rasa marah.

Orang kata memasak di dapur dapat melatih kesabaran dan menurunkan rasa ego.

Orang kata memasak di dapur mampu mencerminkan peribadi diri.

Orang kata makanan yang di masak oleh kita menterjemahkan perasaan ketika memasak….

SEMUA itu.. Orang kata.. Anda kata?

Saya kata , betul tu semua. Cuma saya tambah .. saya ke dapur sebab lapar. Haha.. [jujur tak?]

Baru-baru ini saya mencuba satu resepi yang mana saya kombinasikan resepinya daripada kawan-kawan dan blog walking saya.

PASEMBOR.

Menu yang cukup popular di Malaysia lebih-lebih di Pulau Pinang, Pasembor Padang Kota memang terbaik. Kalau ke Pulau Pinang jangan lupa ke sana. Anda tidak akan merasa rugi. Salah satu tarikan menarik di negeri yang kaya dengan makanan yang beraneka ini dan salah sebuah negeri pelancongan pilihan saya.

Di bumi Jordan ini unutk mendapatkan bahan-bahannya memang agak payah sebabnya sesetengah bahan tidak terdapat disini dan kemahiran mengolah amat diperlukan sebenarnya.

Jom , saya kongsikan bersama anda Pasembor yang saya telah olah :

2 perkara asas dalam pasembor ialah kuah kacang dan isi-isinya.

KUAH KACANG

Bahan-bahan :

  1. Kacang tanah (kalau di jordan beli kacang yang licin tu yang siap boleh dimakan terus, tak perlulah di goreng)
  2. Cili kering segenggam
  3. Halia sedikit
  4. Bawang besar dan bawang putih
  5. Santan cair ( tips : beli jus hind – santan kering kemudian kisar dengan air sampai jadi santan, kemudian perah)
  6. Gula merah ( kalau tiada gula biasa pun boleh)
  7. Serai (kalau tak ada tak apa , tapi kalau boleh cari lah)
  8. Udang kering (kalau ada)
  9. Garam
  10. Minyak
  11. Air sedikit

Cara-cara :

  1. bahan tadi kisarkan semuanya kecuali (kacang,santan,gula,garam.minyak) kemudian asingkan.
  2. Kacang tadi kalau nak goreng pun boleh kalau tak goreng pun tak mengapa. (untuk kacang jenis kat Jordan ni saja).
  3. Kisar kacang tu guna pengisar yang kering. (Buat 2 mangkuk , kali pertama kisar sampai halus , kali yang ke-2 kisar kasar-kasar)
  4. Panaskan minyak dikuali.
  5. Kemudian bahan-bahan bawang dll tadi masukkan dan tumis sampai naik bau.
  6. Kemudian masukkan kacang yang dikisar.
  7. Dah agak-agak sebati masukkan santan cair. Gaul.
  8. Tambah air jika pekat sangat.
  9. Bila dah nampak macam naik minyak , masukkan gula merah atau gula biasa dan garam. Ikut rasa nak letak banyak mana.
  10. Gaul sampai naik minyak dan masak.
  11. Siap untuk diasingkan.

ISI PASEMBOR

  1. Cucur kembung potong kecil-kecil (buat cucur macam biasa letak baking powder atau yis),nanti akan kembang bila goreng.
  2. Kentang (goreng sampai kuning)
  3. Telur rebus (potong dua)
  4. Timun dan lobak merah potong kecil-kecil.
  5. Tauhu dan taugeh (kalau terjumpa kat Jordan ni)
  6. Ayam goreng yang disiat * pilihan
  7. Bahan-bahan lain terpulanglah nak letak apa * pilihan

*Bahan-bahan diatas ni letak kan sekali dalam pinggan yang besar.

CARA PENYEDIAAN

  1. Taburkan saja kuah kacang tadi di atas pinggan yang dipenuhi dengan isi-isi Pasembor itu.
  2. Kemudian makan lah bersama kawan-kawan yang ada dirumah tu sambil tengok TV atau tengok filem yang di download dari torrent.hahaha..
  3. Musim-musim bunga ni kalau dihidangkan bersama air sirap atau air oren memang sedap.

Sekian sahajalah perkongsian daripada saya menu yang saya cuba baru-baru ini. Semoga dapatlah anda mencubanya jika berminat.

Terimalah serangkap pantun dari saya :

Pulau Pinang pulau mutiara,
Pulau indah , pulau tercinta,
Kalau teringin pasembor juara,
Jangan lupa ke Padang Kota.

Duduk di Jordan tiada Pasembor,
Hanya yang ada Mansaf  Karaki,
Kalau teringin makan Pasembor,
Pergi dapur masaklah sendiri.

Sekian, wassalam..
Jumpa lagi ya.

Mohd Lutfi Hafifi
Dapur baru JIM.

:: Ikan Bakar Skrip 7707 ::

Ikan Bakar Skrip 7077

Ikan Bakar Skrip 7077

Assalamualaikum W.B.T…

Salam sejahtera buat semua pembaca budiman . Bersawang-sawang rasanya blog saya ni , tapi kali ini muncul semula dengan satu post terbaru. Dari semalam kami sekeluarga (ahli2 Bayt JIM) memikirkan menu apa yang kami nak “hentamkan” hujung-hujung minggu ni , maklumlah peperiksaan awal dah habis (tapi saya ada 1 paper lg…) Jadi , setelah bincang-berbincang ..timbul lah satu idea yang bernas dan rasanya dah lama kami tak menikmati menu ikan bakar dan air asam. Jadi lepas saja Isya’ malam tadi , saya dan saifuddin keluar mencari bahan-bahan yang sepatutnya di pekan Mutah.Tidak banyak kedai yang buka , lewat sangat barangkali. Hampir satu Mutah kami pusing semata-mata nak mencari Ikan Mackarel akhirnya berjumpa juga.Rupa-rupanya kedai yang jual ikan tu hanya dibelakang bangunan rumah saya (macam mana la boleh tawaf satu Mutah dahlah musim sejuk ni) . Selesai saja membeli barang , kami ke PUSkMA untuk melihat barang-barang program BKAPJ untuk keesokan harinya . Alahaii…sedih sungguh!! PUSkMA banjir! Basah.. (malaslah nak sambung cerita..yang penting kawan-kawan Mutah , PUSkMA ditutup buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kemudian). Jadi , tanpa membuang masa mari kita berkenalan dengan menu pada kali ini , [IKAN BAKAR SKRIP 7077] , sebenarnya menu ni kami ilhamkan setelah saiful helmi ketakutan melihat cerita Skrip 7077 (tgk baru 15 minit dah teriak sampai jiran-jiran dengar..hoho). jadi terhasilah Ilham yang entah apa-apa ni..Jom kita pelajari cara-cara menyediakannya.

IKAN BAKAR SKRIP 7707

IKAN BAKAR

*Disebabkan kat umah x der tmpat bakar , kuali sajalah tempatnya.

  1. Ikan mackarel ( 6 ekor @ ikut suka )
  2. Bawang besar 1 biji besar (kisar)
  3. Bawang Putih 1/2 labu (kisar)
  4. Cili kering 1 genggam (kisar)
  5. Air asam jawa (1/2 cawan)
  6. Kelapa kering (1 mangkuk)
  7. Garam dan gula secukup rasa.
  8. Pembungkus aluminium

Cara-cara nak sediakan :

  1. bersihkan ikan sebaiknya.
  2. Bahan-bahan lain di masak sampai naik baunya dan naik minyak .
  3. Bahan -bahan tadi di masukkan kedalam perut ikan dan di sapu di semua bahagian ikan.
  4. Bungkus ikan setiap se-ekor dengan pembungkus aluminium
  5. Letak atas kuali yg direnjis minyalk (sikit saja) dan kemudian masaklah dalam 15 minit dalam api yang sederhana besar.

AIR ASAM

  1. Tomato (potong dadu)
  2. Bawang besar (potong dadu)
  3. Bawang putih (potong kecil)
  4. Cili hijau (potong2 kecil)
  5. Belacan (di bakar)
  6. Air asam jawa
  7. Garam dan gula

Cara-cara menyediakan :

  1. Gaulkan saja semua bahan tadi.
  2. Kemudian letak dalam peti ais dalam 2-3 jam

Ikan bakar siap untuk dihidang dengan nasi putih yang panas!! Jom kawan-kawan semua kita cuba…

“Kalau sedap bagitahu saya , kalau tak diam-diam je..” heheheh…

Jalan-jalan cari seafood~~~

*Ketika anda sedang membaca post ini saya sedang menikmati gulai ketam dan udang masak sambal yang baru dibeli di carrefour….walaupun agak menyeramkan harganya..setahun sekali apa salahnya..heheh.. Jumpa lagi di post akan datang!!

:: Mansaf Al-Karaki Serambi Bayt JIM ::

“Cef Halaqq?? Ish Lounaq ?? ….”

jordan_261__scaled_400

Jika melawat ke Al-Karak , salah sebuah wilayah yang terdapat di Jordan pastinya akan dibwa melawat ke Kubu Karak yang mana menjadi Kubu Pertahanan Panglima Islam Salahuddin Al-Ayubi , tidak cukup dengan itu Karak sentiasa sibuk dengan warganya yang terdapat disini . Walaupun agak jauh dari bandaraya Amman (2 jam perjalanan) , bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota . bolehlah datang kesini untuk menjelajahi kehidupan warga Al-Karak ini yang sungguh popular dengan suasana desa arabnya.

DSCF6166

Kali ini , saya akan berkongsi pengalaman dengan pembaca tentang salah satu menu yang cukup popular dikalangan warga setempat , Mansaf Al-Karaki. Menu ini cukup pupular di Jordan apatah lagi bila Mansaf Al-Karaki ini merupakan salah satu makanan kebanggan warga Jordan hinggakan penduduk arab dari wilayah lain di Jordan sanggup turun ke Karak untuk menikmati Mansaf ini , Istimewanya mansaf ini terletak pada bahan utamanya “Laban Jamid” , ia seperti susu masam (Yogurt) yang telah dikeraskan mengikut kaedah tradisional. Maka tidak hairanlah dengan wujudkan golongan Arab badwi (nomad) yang tinggal di kawasan Karak ini , mereka cukup handal dengan kehebatan memasak mansaf dngan Laban Jamid yang dihasilkan sendiri.

Jom kita mulakan!!

Bahan-Bahan :

(A) Mansaf

1. Daging kambing dipotong agak besar

DSCF6144

2. Laban Jamid (Jenis cair) – terdapat di kedai2 runcit atau kedai laban disekitar Jordan.
3. Laban Jamid (Ketul) – juga terdapat dikedai arab , namun kualiti yang paling baik ialah Laban Jamid Karaki.
4. Bawang besar – dihiris nipis
5. Garam
6. Kiub Ayam* pilihan

DSCF6143

7. Rempah Mansaf ( Baharat Mansaf) – 4 – 5 sudu
8. Serbuk kunyit (Kurkum) – 1 sudu kecil shj.

(B) Nasi Mansaf

1. Beras mesir/Amerika (jika tiada beras lain pun boleh)
2. Sebuk Kunyit (1/2 sudu kecil)
3. Marjerin/minyak sapi
4. Garam

DSCF6130

5. Kacang – digoreng dengan minyak
6. Daun Parsley
7. Roti shiraq (biasanya roti ini digunakan untuk membungkus syawarma/kebab) – struktur roti ini sungguh nipis.

Cara-cara menyediakannya :

(a) Mansaf

DSCF6145

1. Rebus daging kambing tadi hingga empuk dan asingkan daging yang telah empuk dengan air rebusan. (jangan dibuang air rebusan daging)

DSCF6128

2. Laban jamid (ketul) dipotong kecil dan direndam dengan air suam selama 30 minit – 1 jam . Kemudian diramas Laban Jamid tadi menggunakan tangan. selepas itu di kisar sampai hancur bersama air suam yang direndam bersama tadi.

3. Panaskan periuk , masukkan Laban Jamid (cair) dan bawang biarkan ia panas.

4. Masukkan kambing yang direbus tadi .gaul . biarkan dalam 2 minit .

DSCF6146

5. Kemudian masukkan Laban Jamid (ketul) yang dikisar tadi. Kemudian masukkan air rebusan daging tadi . Gaul .Masukkan rempah mansaf dan bersama serbuk kunyit tadi . gaul sebati.

DSCF6148

6. Masukkan garam dan kiub ayam , kemudian gaul dan biarkan ia mendidih . Lebih kurang 30 – 45 minit hingga masak dan hingga warnanya bertukar putih-putih kuning.

(b) Nasi Mansaf

DSCF6129

1. Beras tadi direndam bersama setengah sudu kecil serbuk kunyit . 30 minit.

DSCF6132

2. Diatas periuk , panaskan Marjerin/minyak sapi.

3. Masukkan Beras yang direndam tadi. Masukkan air dan garam.

(c) Menyediakan Hidangan

DSCF6151

1. Diatas talam , letak roti shiraq tadi .

2. Bubuh nasi ditengah2 talam tadi.

DSCF6171

3. Masukkan mansaf tadi dan letak ditengah2 nasi. Taburkan daun parsley dan kacang pine tadi.

DSCF6160

3. Tutup daging kambing mansaf dengan helaian roti shiraq.

4. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba!!

“Citarasa Global , Irama Warga Malaysia”

Mohd Lutfi Hafifi.
Mutah ,Jordan.

:: BAKSO Haji Long Mu’tah ::

Bakso

Assalamualaikum….

Semalam saya ke rumah pak long & Abg.Zuhairi (Bayt Bujang Lapok) salah seorang senior kuliah Adab di Mu’tah. Beliau merupakan diantara pelajar Malaysia yang tinggal serumah dengan sahabat-sahabat pelajar Indonesia yang turut belajar di Universiti Mutah.

Sebenarnya sudah lama saya bercadang untuk mempelajari cara-cara membuat Bakso ni dengan pak long , mungkin sebab selalu sibuk menyebabkan kurang kesempatan.

Akhirnya ,semalam dapat juga meluangkan masa untuk ke rumah Pak Long untuk belajar ” GI MANA MAU NYEDIA IN BAKSOO”…Beruntung pak long ini , selain daripada pandai menyediakan masakan melayu Malaysia , dia juga boleh menyediakan masakan Indonesia , maklumlah ahli-ahli rumahnya semua Indonesia.

Jadi mari kita mulakan ……..

BAKSO HAJI LONG MUTAH

(A) Bahan-bahan bebola bakso :

1. Daging lembu – 2 kg (Dihancurkan/dilumatkan)

2. Serbuk lada putih – 3-4 sudu
3. Serbuk lada hitam – 3-4 sudu
4. Serbuk ketumbar – 3-4 sudu
5. Tepung jagung – satu gelas
6. Tepung penaik – sepaket kecil
7. Garam – secukup rasa
8. Bawang putih – 1 labu
7. Putih telur – 2 biji
8. Kiub ayam

cara-cara menyediakannya :

1. Daging yang dibeli tadi , dilumat-lumatkan , biar sampai benar-benar lembut.
20090610
2. Kisar semua lada putih , ketumbar , lada hitam , kiub ayam , putih telur , garam .
3. Kemudian , gaulkan dan uli bahan yang dikisar tadi dengan daging hingga bena-benar sebati.
20090610_002
4. Kemudian , gaulkan dan uli pula dengan tepung jagung dan tepung penaik hingga sebati dan kental.
20090610_011
5. Sesudah diuli , bulat-bulatkan adunan tadi megikut ukuran yang anda suka.
20090610_022
6. Masukkan ke dalam periuk yang betul panas , biar ia masak . Tanda bebola daging bakso masak bila ianya terapung.
20090610_018

TIPS :
* Cara uli sperti roti canai , untuk mengentalkan , doh daging tadi di tumbuk-tumbuk dan dihempas-hempas.
* masa uli : paling baik 45 minit – sejam.

(A) Bahan-bahan sup Bakso :

1. Tulang lembu (jika tiada gantikan dengan ayam pun tidak apa)
2. Bawang putih -dikisar
3. Kiub ayam
4. Serbuk lada putih
5. Serbuk ketumbar
6. Garam secukup rasa
7. Sayur sawi
8. Bawang goreng.

Cara-cara penyediaan :

1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan bahan-bahan lain.
3. masukkan air biar mendididih.
4. sayur sawi dan bawang goreng masukkan akhir sekali.

(C) Bahan-bahan sambal Bakso :

1. Cili merah
2. bawang putih
3. garam
4. daun salam

Cara-cara menyediakannya :

1. Semua bahan diatas dikisar dan ditumis sampai masak.

BAKSO SUDAH SIAP !!!

Anda boleh memilih untuk makan bakso ni dengan meehon atau mee (kalau di Jordan , kami menggunakan spagethi yang betul2 halus).
Anda juga boleh memilih untuk makan bakso ni dengan nasi putih.

Begitulah sedikit sebanyak , pengalaman yang saya boleh kngsikan bersama.Insyallah di masa akan datang , saya akan memasukkan resepi makanan Arab pula..

Jumpa lagi.

“Menu Lazat , Menu Nusantara”

Mohd Lutfi Hafifi Bin Japili.

:: Ala-Ala Kampung Teratak JIM ::

Ala-ala Kampung

Ala-ala Kampung

Alhamdulillah ,

Rasanya sudah agak lama saya tidak membicarakan isu menu dan resepi di blog ini. Hari ini saya nak berkongsi pengalaman pada semua tentang sembang-sembang petang membicarakan tentang isu resepi kami di Bayt JIM akhirnya menjadi kenduri Ala-ala Kampung .

Asalnya kami hanya mahu memasak sekadar sahaja seperti Mee goreng atauoun “Maggi campak Kuali”,namun dek kerana kesungguhan saya,saiful,hadi dan Shariff yang beria-ia berbicara makanan ala-ala kampung,akhirnya kami bersepakat untuk sama-sama turun ke dapur menyediakan menu seri kampung ini.

Jom kita kongsi resepi kami di Teratak JIM :

(1) Ayam goreng kunyit
(2) Sayur Kobis masak lemak
(2) Budu Selera Timur
(4) Sambal Bugis Cheng-Cheng
(5) Ulam-ulaman

Bagaimana kami menyediakannya ?? , berikutan masalah air yang melanda rumah kami,jadi kami amat berhati-hati dalam penyediaannya.

Berjimat Cermat menggunakan air tema masakan ala-ala kampung kami petang ini.

Ayam Goreng Kunyit

- 1 ekor ayam yang dibersihkan (guna air sebaiknya untuk membasuh)
- Serbuk kunyit (kur Kum)
- Garam
- Serbuk Kari
- rempah (ikut suka je)
- Penyediaanya mudah , campurkan semua , goreng sampai rangup.

Sayur Kobis Masak Lemak

- Sayur kobis (potong ikut suka)
- Santan pekat (1 jag )
- Kiub ayam
- Bawang Besar dan bawang putih
- Sebuk Lada Hitam
- Garam
- Penyediaanya juga mudah , tumiskan bawang besar dan bawang putih , biar naik bau , masukkan santan , biar panas sedikit , masukkan kiub ayam , gaul , kemudian masukkan kobis , gaul , masukkan garam dan lada hitam , kemudian gaul dan biarkan ia mendidih.

Sambal Bugis Cheng-Cheng (Resepi ini ialah resepi saudari Irna a.k.a Cheng2 Tawau ,Bayt Nailofar,terima kasih ya!!)

- Bawang besar – hiris nipis
- tomato – hiris nipis
- Bawang putih
- lada hijau (yang hijau pekat)
- Belacan (dibakar dulu)
- Gula
- Lemon/limau
- Bawang besar dan tomato (digoreng dulu) sampai berubah warna , masukkan bahan yang digoreng tadi dengan bahan-bahan lain kecuali lemon kedalam mesin pengisar. selesai , perah lemon keatasnya.
Kalau nak tradisional tumbuk guna lesung , lagi sedap. (rumah kami tiada lesung , ada siapa-siapa nak jual??)

Budu Selera Timur

- Budu
- Bawang besar – hiris nipis
- cili hijau – hiris nipis
- Paling mudah , campurkan semuanya.

Akhirnya , kami pun menjamu selera dengan amat berselera sekali , lama benar rasanya tak alami suasana macam ni , sejak akhir-akhir ni kami asyik menjamu menu yang tidak “ala-ala kampung”. Walaupun anda nampak seperti biasa , namun yang menjadikan ianya seperti ala-ala kampung ialah kekecohan kami di dapur dan ketika menikmati makanan.Teringat nostalgia kami sewaktu makan tengahari di kafe-kafe KUSZA , gerai Mok Nah di bazaar Gong Badak , Memang ala-ala Kampung!!

Dan pastinya saya merindui masakan Mama…

Rindukan Malaysia!!

Mohd Lutfi Hafifi ,
Mutah.

:: Laksa Utara De’ Taufeq ::

:: Laksa Utara De' taufeq ::

:: Laksa Utara De' taufeq ::


Hari ini , saya berkesempatan mempelajari bagaimana menyediakan menu yang popular di Malaysia. Laksa .

Bukan saya yang memasak hari ini , tetapi saudara taufiq atau lebih dikenali abg Topek (jiran bawah rumah saya – Bayt Ehsan). Hampir berminggu-minggu rancangan untuk mempelajari cara-cara buat laksa ni tertangguh.Sibuk agaknya saya.

Jom , tanpa membuang masa mari kita kongsi resepi yang baru saya pelajari ini.

BAHAN-BAHAN A (Hidangan untuk 5-6 orang)

  1. Ikan mackarel @ Sardin – 5 ekor (Kalau anda berada di Mu’tah , beli saja di sebelah kedai Hamzah atau kedai ikan dekat lampu Isyarat)
  2. Cili kering – Segenggam dan direndam dengan air panas (Cili kering Jordan memang pedas berhati-hati menggunakannya)
  3. Bawang besar – 4-5 biji
  4. Bawang putih – separuh labu
  5. Belacan – sebesar ibu jari anda
  6. Asam keping – 3-4 keping
  7. Garam secukup rasa
  8. Spageti – 2 bungkus

BAHAN-BAHAN B (untuk ditabur)

    Menarik

    Menarik

  1. Telur rebus – potong ikut suka
  2. Cili hijau @ cili padi – potong nipis
  3. Timun – potong kecil
  4. Bawang besar – potong nipis
  5. Lemon – potong ikut suka

CARA PENYEDIAAN

  • Cara memproses ikan
  1. Rebus kesemua ikan -pastikan air rebusan ikan tidak dibuang
  2. Susah mencari yang segar di Jordan.

    Susah mencari yang segar di Jordan.

  3. kemudian pisahkan tulang dan isinya
  4. Begini caranya - demo oleh chef Taufeq

    Begini caranya - demo oleh chef Taufeq

  5. Kisar isi ikan yang diasingkan tadi – guna sedikit air biar ia pekat
  6. isi ikan yang dikisar

    isi ikan yang dikisar

  7. Tulang yang diasingkan tadi dikisar bersama air kemudian tapis dan hampas ikan yang ditapis tadi dibuang – simpan air yang ditapis tadi
  8. Menapis air rebusan tulang

    Menapis air rebusan tulang

  • Menyediakan spageti
  1. Rebus spageti bersama minyak dan garam – Ini bagi mengurangkan risiko spageti melekat-lekat.
  2. Pastikan anda tidak merebus spageti terlalu lama.
  3. Spageti

    Spageti

  • Menyediakan kuah laksa
  1. Kisar cili kering , bawang besar dan belacan
  2. Cili yang dikisar

    Cili yang dikisar

  3. Anda ada 2 pilihan , (1) anda boleh tumis cili yang dikisar tadi menggunakan minyak sehingga naik bau (2) tidak perlu tumis menggunakan minyak (tanpa minyak).
  4. Masukkan isi ikan yang dikisar tadi.
  5. Masukkan air tapisan tulang ikan yang dikisar tadi.
  6. Masukkan air rebusan ikan tadi.
  7. Masukkan asam keping.
  8. Biarkan ia masak dalam 20-30 minit. Kacau bila perlu.
  9. Garam dan gula diletak sebelum api ditutup.
  10. Kuah laksa

    Kuah laksa

* Bau hanyir merupakan perkara biasa terhadap kuah laksa , petua untukmenghilangkan bau hanyir , masak laksa dengan kadar masa yang agak lama. Insyallah hilang baunya.

Sekarang laksa de’ taufeq siap untuk dihidangkan , jangan lupa tabur bahan B tadi.

Selamat Mencuba!!

“Rakyat Malaysia , Citarasa Malaysia”

Nota kaki : Terima kasih kepada abg topeq sebab perkongsian resepi , (nanti hang tengoklah cek buat laksa utara versi bayt JIM pulak!! – loghat utara).

:: Nasi Ayam Bt.6 Di Jordan ::

 

Enak !

Enak !

 

Jika anda ke Terengganu , pasti anda akan memburu keropok lekor ataupun produk – produk berasaskan ikan.Kaum hawa pula mencari batik dan songket di Pasar Payang. Terengganu memang satu destinasi pelancongan yang menarik di Pantai Timur.

Kali ini , bukan keenakan keropok lekor yang ataupun kecantikan seni batik yang saya mahu perkenalkan.Tetapi “Nasi Ayam Batu 6″. 

Ramai yang tidak tahu jika pembaca bukan orang Terengganu dan pernah tinggal di Terengganu khususnya Kuala Terengganu. Tidak mengapa,teruskan membaca.

Bagi saya , uniknya Terengganu dengan nasi ayamnya. Hairan bukan ? , namun bagi bekas atau pelajar Universiti Darul Iman (ataupun dengan nama popular dan kebanggaannya KUSZA) yang bukan berasal dari Terengganu mahupun orang Terengganu sendiri , mereka sudah biasa mendengar Nasi Ayam Bt.6. 

Nasi ayam Batu 6 dinamakan sempena kewujudan restoran nasi ayam ini terletak di pekan batu 6 (15 minit dari KUSZA). Mengikut cerita ahli rumah saya (anak taukey Restoran Ns.Ayam) , cara memasaknya sungguh unik dan tradisional. Nasinya di masak di atas kayu api , bukan dapur gas. Rahsianya barangkali. Citarasa desa memang mempengaruhi jiwa anda jika menikmatinya.

 

Resepi Warisan Di Perantauan

Resepi Warisan Di Perantauan

 

Kini keenakan Nasi Ayam Batu 6 , saya boleh nikmati di Jordan. Ini kerana pewaris Nasi Ayam Batu 6 tinggal serumah dengan saya. Cumanya , tidaklah Se Asli seperti di Restoran. Tapi memang sedap!! 

Resepinya???

Saya masih cuba untuk mendapatkannya. Sampai sekarang tidak dapat.Rahsia warisan agaknya.

Jika anda ke Terengganu , Singgahlah ke Restoran Nasi Ayam Bt.6 . Anda pasti tidak akan kecewa.

Mohd Lutfi Hafifi.