
Roti Jala Nihaie'
Assalamualaikum semua..
Bertemu lagi kita dalam resepi dari dapur Bayt JIM. Semoga anda sihat-sihat dan ceria selalu hendaknya.
Alhamdulillah, sekarang kami di Jordan khususnya di Universiti Mu’tah sedang dalam musim peperiksaan akhir semester.
Masih dalam study week ini, kami ahli-ahli Bayt JIM telah berjaya menyediakan satu lagi juadah resepi yang saya kira cukup popular di Malaysia, roti jala.
Bersempena peperiksan akhir ini atau dalam bahasa Arabnya imtihan nihaie‘ maka kami pun menamakannya roti jala Nihaie’. Penyediaannya agak mudah dan tidaklah terlalu rumit dan yang menjadikannya rumit hanyalah perkakas acuan roti jala yang memang tiada jual di Jordan (setakat yang saya nampak). Mujurlah Epoi pinjam dengan Farid. Terima kasih Farid sekeluarga. Tahniah baru dapat Iqamah. ^-^
Jadi jom kita belajar :
ROTI JALA
bahan-bahan :
- Tepung gandum
- Telur 2 – 3 biji
- Mentega (kalau tak ada , ganti dengan minyak)
- Serbuk kunyit
- Garam
- Gula
- Air
Cara menyediakan :
- campur semua adunan diatas sampai cair sehingga boleh tembus acuan roti jala.
- panaskan kuali leper dan letak minyak sikit sahaja kemudian ratakan
- apabila kuali panas, bolehlah menjala diatas kuali itu dalam 2-3 mnit.
- Angkat dan boleh gulungkan diatas pingggan yang leper.
Roti jala sedap dimakan dengan kuah kari, lebih baik kari yang pekat. Jadi anda bolehlah menyediakan kuah kari mengikut citarasa sendiri. Kemudian anda bolehlah menikmatinya bersama-sama teh atau kopi sambil membaca buku.
Selamat mencuba!!
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, selamat menempuhi imtihan nihaie’..
Doakan saya!!
Semoga berjaya!! Bittaufiq Wa annajah!!
Dari,
Lutfi Haffi.
Dapur Bayt JIM.


wah..terer ye buat roti jala…sy pernah buat tp xjadi…roti nya tak berjala..terputus-putus…huhu mungkin xpandai nk letak tepung tu supaya sekata…kondidi nya yg cair dan kena cepat2 membuatkan roti tu jd macam lempeng xsiap…leh la bagi tips camana nk buat yg cantik
huhu…
leak byk minyak@ mentega dalam acuan tepung..
pastu letak banyak air tau..biar cair sgt. smapai lalu kt perkakas acuan tu dia laju jer mengalir…
Insyallah berjaya. mula2 sy buat x jadi. tapi kali ke2..alhamdulillah…biarkan dia cair..x per.
berape sukatan tepung gandum tu?
erm…terpulang. yang penting bila bancuh tu cair tepungnya.