
Siapa pun Bisa.....
“Alaa aku sibuk laa…tak boleh bagi komitmen” rungut seorang kawan.
“Semua dia nak buat , macam orang lain dah tak de..” bicara seorang kawan.
“Eh..tak tahu..aku tak nak tau… bukan kerja aku..” cara mudah melepas diri.
Ketiga-tiga situasi di atas kita boleh gambarkan dengan pelbagai bentuk keadaan , samada ia berlaku dengan kita sedari ataupun tidak , hakikat yang perlu kita akui , ianya pernah berlaku , walau dialognya berbeza situasi tetap sama.
Pertama , lari dari masalah dengan alasan yang dikatakan munasabah.
kedua ,cuba lari dari masalah dengan me’masalah’kan orang lain.
Ketiga , lari dari kesalahan dan masalah dengan bertindak buat kerja sendiri tanpa memikirkan ‘team’.
Manusia mana yang tidak mahukan kesenangan , lebih-lebih lagi bila kesenangan itu mampu menyelamatkan dirinya daripada disalahi dari yang lain.
semuanya itu , rentak-rentak perjalanan dalam kehidupan yang pelbagai.
Tiada siapa perlu disalahkan. Ianya lahir semulajadi. Kita yang membinanya.
PENILAIAN MUDAH ?
Diri sendiri bukanlah ejen terbaik untuk menjadi hakim ataupun penilai buat diri kita , jika diri sendiri yang menilai kelemahan secara menyeluruh terhadap diri sendiri , ia akan menjadikan diri kita sentiasa di tahap yang amat senang dan perkara ini boleh membuatkan kita lebih leka terhadap masalah diri kita sendiri.Inilah yang dikatakan penilaian mudah.
Perlunya seseorang untuk menilai diri kita merupakan satu jalan dan cara terbaik untuk menganalisa diri kita.Paling mudah , sahabat yang rapat dengan kita. Jika kita bena-benar mempercayai keikhlasan dalam bersahabat , gunalah peluang ini untuk menilai siapa diri kita di mata sahabat kita?
Bukan mudah menerima kritikan dan penganalisaan orang , tetapi “bukan mudah” itu jugalah bakal mewarnai perubahan diri kita.
Jika anda benar-benar percaya kepada konsep setia kawan , aplikasikannya sebaik mungkin. Insyallah,segalanya mungkin pasti…
Bak kata Dr.HM Tuah , 1 daripada 10 cara mebina motivasi diri :
>BERSEDIA UNTUK BERUBAH< Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.
SEDIA MENERIMA MASALAH
Ianya agak payah untuk diterima.
Namun ianya bakal mengubah kematangan kita.
Ianya bukan angan-angan yang indah.
Namun , ianya juga berupaya mencipta impian dan harapan.
Ianya jijik dipandang orang.
Namun , ianya menjadi pembersih hati yang alpa.
Ianya menyakitkan hati.
Namun , ianya mencetus ketabahan hati.
“Kita yang menjadi PENTAFSIR….Terpulang bagaimana kita menerimanya..”
Mohd Lutfi Hafifi.

