Menu Inspirasi Jordan : Aruz Maqlubah.

Salam sejahtera semua.

Sejak dua tiga hari kebelakangan ini saya tiba-tiba merindui masakan Arab lebih-lebih lagi yang berada di Jordan. Saya asyik membayangkan rupa bentuk keadaan kedai di pekan Mu’tah begitu juga di Karak dan Amman. Suasananya lain daripada yang lain, ada perasaan yang menyentuh jiwa untuk melukis kerinduan kepada bumi Anbia’penuh erti itu.  Menyelerakan sungguh. Bau shuggof (Kambing bakar), Syawaerma, Falafil, Ruz Mandi dan pelbagai lagi memang menyelerakan.

Salah satu resepi yang tidak dapat tidak yang menjadi menu tradisi masyarakat Jordan ialah Maqlubah. Sejenis resepi seperti nasi briyani juga namun bagi saya ia lebih sedap lagi (bagi saya). Jika anda pergi ke Jordan hampir keseluruhan restoran ada menyediakan menu ini. Bagi pelajar Malaysia pula, seorang rakan baik Saudara Sofyuddin Terengganu merupakan chef Maqlubah yang terhebat pernah saya jumpa. Mukanya yang agak ‘sepoi-sepoi bahasa’ memang menggambarkan kehebatannya menyedia Maqlubah ini.

InsyAllah hari ini saya nak bekongsi dengan kawan-kawan semua resepi ini.

BAHAN-BAHAN (A) – Rempah :

Rempah Maqlubah

  1. Rempah Maqlubah. (Jika berada di Jordan mudah untuk mendapatkan rempahnya, banyak kedai yang menjual rempahnya)
  2. Sebagai alternatif untuk mereka yang tidak dapat menyediakan rempah ini, mari saya kongsikan:
  • kayu manis
  • biji rempah
  • bunga lawang
  • cengkih
  • pelaga
  • lada hitam
  • lada putih
  • kunyit kering
  • halia kering
  • Helaian Za’faran (Saffron)

  1. Kesemua bahan diatas di goring tnpa minyak diatas kuali selama 5 minit (hingga naik bau rempah)
  2. Kemudian kisar sehingga halus.

BAHAN-BAHAN (B)  :

  1. Beras (rendam selama 1 jam atau lebih)
  2. Seekor ayam dipotong enam.
  3. Minyak Masak untuk mengoreng
  4. Minyak jagung/Zaitun untuk menumis rempah
  5. Kentang dipotong dadu besar
  6. Bunga kobis dipotong dadu besar
  7. Terung dibuang kulit dipotong dadu besar
  8. Garam secukup rasa.

CARA PENYEDIAAN :

Rebusan ayam bersama rempah.

Sayur yang digoreng.

  1. Rebus ayam tadi bersama 3 sudu rempah kemudian ayam tadi digoreng hingga bewarna keperangan. (Simpan air rebusan)
  2. Asingkan ayam yang telah digoreng.
  3. Goreng kentang, bunga kobis dan terung hinga bewarna keperangan.
  4. Panaskan tempat memasak nasi yang agak besar.
  5. Masukkan minyak jagung/zaitun dalam 5 sudu besar
  6. Goreng rempah sehingga naik bau.
  7. Kemudian masukkan beras yang telah direndam dan gaul hingga sebati.
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng dan sebatikan bersama berasa secara lembut.
  9. Kemudian masukkan air rebusan untuk memasak nasi, sukatan air adalah sama tinggi dengan beras dan ayam yang telah digaul Cuma tambah dalam 250ML saja air lagi.
  10. Masukkan garam secukup rasa.
  11. Info : Kebanyakkan resepi maqlubah, sayur-sayur tidak digoreng tetapi ia dicampurkan terus bersama nasi  dan ayam ketika dimasak, Cuma bagi saya, saya gaulkan sayur-sayur yang telah digoreng tadi sebelum menghidang . Terpulang kepada pemasak.
  12. Api hendak kecil bagi mengelakkan kehangitan dna kerak-kerak ‘pelik’.
  13. Setelah masak, masukkan didalam talam dan gaul dengan gembira.
  14. Hidangkan.

Siap untuk digaul dan dihidangkan.

Info Maqlubah :

  1. Sedap dimakan bersama yogurt / Laban.
  2. Boleh juga buat salatah : potongan dadu kecil timun dan tomato.
  3. Selepas makan maqlubah eloklah minum air teh hijau untuk menyamankan diri. J

Mudah bukan??

Selamat Mencuba!!

Inspirasi,

Mohd Lutfi Hafifi.

About Lutfi Hafifi

Haji Mohd Lutfi Hafifi.
This entry was posted in Perjalanan InI. Bookmark the permalink.

2 Responses to Menu Inspirasi Jordan : Aruz Maqlubah.

  1. shaker says:

    tervaik…….. melelehhhhh

  2. Lutfi Hafifi says:

    Tapi ket masak sedap lagi. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>