Kembara Brunei Darussalam : Pengenalan (siri 1)

Alhamdulillah pada 10 April yang lalu saya berkesempatan untuk melawat Negara Brunei Darussalam untuk perjalanan selama 3 hari. Terima kasih kepada sahabat saya sir Hisham Aziz yang sudi bersama-sama dengan saya untuk perjalanan ini. Terima kasih juga buat abang fahmi dan keluarga kerana menumpangkan saya bermalam untuk beberapa hari sepanjang berada di brunei. Segala jasa baik kalian amatlah saya hargai dan semoga kita terus berukhwah hingga ke syurga.

InsyAllah dalam beberapa siri kembara saya pada kali ini saya akan membawakan kepada anda catatan perjalanan saya dan coretan pengalaman saya semasa berada di negara Brunei Darussalam.

Brunei merupakan sebuah Negara yang terletak di utara Borneo yang dijirani oleh 2 buah negeri dibawah kerajaan Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak. Mengikut sejarah juga nama asal bagi Borneo juga berasal dari berkataan Brunei.

Pengkaji sejarah berpendapat bahawa negara Brunei  pada  sebelum wujudnya kesultanan Brunei terdapat beberapa kerajaan lain yang turut sama berada di sepanjang era kependudukan mereka disana sebagai contoh kerajaan Po-ni mengikut sejarah Cina begitu juga dengan Empayar Srivijaya dan juga Empayar Majapahit yang juga pernah menguasai Brunei satu ketika dahulu.

Brunei melalui pelbagai era sepanjang pemerintahannya hingga yang terakhir Brunei telah mendapat kemerdekaan sepenuhnya daripada British pada 1 Januari 1984.

Brunei juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara monarki yang mana sultan mempunyai kuasa mutlak 100% terhadap Negara brunei. Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan brunei hari ini ialah berteraskan kepada sebuah system yang dipanggil MIB (Melayu Islam Beraja) yang mana mengutamakan nilai-nilai kebudayaan  Melayu, Agama Islam dan sistem pemerintahan beraja.

Sultan Brunei sekarang ialah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang mana Tuanku telah memerintah selama hampir 44 tahun yang mana tuanku sultan brunei mula ditabalkan menjadi sultan kerajaan brunei pada 5 Oktober 1967 selaku sultan brunei ke-47.

Beginilah sedikit sebanyak pengenalan tentang Negara brunei. Insyallah pada siri akan datang saya akan bawakan kepada anda mengenai pengalaman berada disana dan perjalanan saya.

Mohd Lutfi Hafifi

About Lutfi Hafifi

Haji Mohd Lutfi Hafifi.
This entry was posted in Perjalanan InI. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>