
Selesai menonton Nur Kasih the movie.
Seperti biasa, mesej yang dibawa baik dan penuh edisi kekeluargaan.
Banyak persoalan yang dibawa untuk sama-sama kita koreksi.
Baik untuk tontonan seisi keluarga. Banyak Pengajaran boleh diambil.
Secara umumnya, penonton Nur Kasih the Movie perlu menilai filem ini dengan pengalaman anda menonton siri drama Nur Kasih sebelum ini.
Menariknya :
(1) Ada 1 babak yang sangat sesuai untuk para Ustaz/zah & pendakwah fahami tentang perbincangan isu “Matlamat tidak menghalalkan cara” dalam konteks menarik minat golongan ‘tersasar’ dan anak-anak muda remaja yang baru hendak mula mendalami Ilmu agama.
Bagaimana mendekati mereka dengan baik tanpa membiarkan mereka terkapai tanpa usaha kita mendekati mereka. Ia meninggalkan persoalan untuk kita tafsirkan bersama.
(2) Kemudian ada banyak babak yang mengajar penonton untuk menerima segala ketentuan dan takdir Allah dengan penuh kesabaran dan redha. Kita harus percaya yang Allah tidak akan dan tidak sama sekali memberikan dugaan yang hamba-Nya sendiri tidak mampu lalui. Diberi-Nya pelbagai hikmah dan rahmat.
(3) Skrip yang dibawakan juga sangat baik. Banyak intipati untuk kita fahami bersama. Semoga ianya terus menjadi lebih baik dan mengharapkan filem2 genre sebegini terus menghiasi dunia hiburan di Malaysia agar lebih bermaruah dan punyai nilai-nilai moral yang mendidik penonton.
(4) Latar tempat yang menarik. Paling suka sebab ia dilakonkan di Jordan. Tempat saya belajar. InsyAllah pelajar/Alumni Jordan boleh berbangga kerana filem ini dilakonkan di Jordan. Sesiapa yang ingin mendengar loghat ammi Jordan, tontonlah filem ini. Fizz fairuzz,remy Ishak&Tizz zakyah bertutur dalam bahasa Arab. Walaupun tidak banyak, namun sangat menarik perhatian.
Kesimpulannya, filem ini baik untuk ditonton dan haruslah diambil pengajaran dan intipati apa yang hendak disampaikan.
Semoga lebih ramai lagi produser, pengarah filem, penulis skrip di Malaysia dapat membawa dan mengangkat filem berunsur Islami yang penuh dengan pengajaran, kerana saya percaya penonton filem di Malaysia ini dahagakan sesuatu yang lebih berisi dan bermafaat agar apa yang mereka tonton dan faham mampu mengubah persepsi mereka tentang Islam dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia lebih berilmu dan matang dalam menerima dan memahami hiburan yang mampu mendidik jiwa.
Saya percaya jika ada usaha keras dari anak-anak filem di Malaysia untuk memartabatkan filem-filem Islami yang memberi pengajaran seperti ini, Insyallah kita mampu dan setanding dengan produksi filem antarbangsa yang menghasilkan filem Islami seperti Indonesia dan Iran. Malah bisa jauh lebih baik lagi.
Tahniah seluruh krew Produksi atas hasil usaha anda menjadikan Nur Kasih satu fenomena baik dalam masyarakat. Semoga kalian juga bisa menjadi contoh yang baik untuk masyarakat dimasa akan datang.
Tahniah dan salam Maju jaya.
Sokong industri filem Malaysia agar lebih berwawasan dan berilmu!!
Mohd Lutfi Hafifi Bin Japili.


mesti tonton filem ini
yup. byk pngajaran ket.
kata berlakon kat petra… mesti lagi best kan…
kat petra ada, wadi rum dan jabal amman. Pastu rom teater kt amman. huhuhu~
Untuk scenes di Jordan, shooting berlangsung selama 10 hari di negara Timur Tengah (Amman, Wadi Ram dan Petra)
betoi ka?
betoi kot. huhhuhu. tp ayat dia mcm pelik. dh sebut jordan. pastu negara t.tgh. huhu
hahaaa… pening… layan je lah.. yang penting jordan… hehee