:: Destinasi Kota 1000 Menara ::

IMG_0366

Assalamualaikum W.B.T ,

Cuti kali ini berlalu dengan begitu cepat , begitu tepat perancangan Allah untuk menggerakkan saya ke bumi Anbia di Mesir ini .

Mahu Terus Hidup...

Mahu Terus Hidup...

Sudah hampir 4 hari saya disini meneliti keindahan dalam kesesakan Kota Kaherah yang terkenal dengan jolokan kota 1000 menara ini , melihat ragam manusia yang pelbagai membuatkan saya benar-benar belajar menjadi manusia yang mahu berfikir.

Wajah penghias kota

Wajah penghias kota

Kota Kaherah ini penuh dengan kisah sehari sejuta wajah pelbagai watak lakonan manusia yang mencorakkan drama realiti kehidupan kota besar. Melihat kehidupan penduduk kota ini sudah menjelaskan bahawa kehidupan di bandar besar ini penuh cabaran dan ranjau untuk menjadi warga Kota Kaherah yang sejati.

Pemandangan Kota kaherah

Pemandangan Kota kaherah

Kisah seram tentang tanah perkuburan seperti di Malaysia jauh berbeza dengan kisah keseraman dalam kesengsaraan hidup penghuni kota ini yang miskin . Rumah di atas kubur bukanlah perkara asing disini dengan kepadatan jutaan warga kota ini menjadikan penghuninya perlu melakukan apa sahaja untuk hidup didalam meneruskan perjalanan hidup mereka.

Al-Azhar diantara pusat pengajian Islam yang tersohor di dunia

Al-Azhar diantara pusat pengajian Islam yang tersohor di dunia

Kota ini juga pusat perkembangan ilmu yang saya agungi , Universiti Al-Azhar telah melahirkan ramai graduan Islam yang tersohor dan mahsyur hingga saat ini , kota ini menjadi tumpuan warga Islam seluruh dunia untuk menimba ilmu Allah yang tidak akan habis ini.

IMG_0620

Kisah pengajaran “Manusia mengaku tuhan – Firaun” juga terdapat disini , melihat kesan-kesan tinggalan Piramid menunjukkan keagungan Kuasa Allah dalam mengatur perjalanan tamadun Manusia . Tinggalan ini masih utuh untuk mengingatkan kepada kita tentang kekuasaan Allah yang maha Agung serta mengingatkan kita bahawa bila kita bongkak dan angkuh serta zalim , balasan Allah lebih hebat daripada itu.

“SEMUA ADA DISINI”…. itulah sepotong ayat yang saya mampu ungkapkan tentang warna-warni Kota Kaherah.

Banyak perkara perlu kita belajar tentang kisah kehidupan Kota 1000 menara ini.

Adakala saya terfikir sesuatu tentang hidup yang singkat ini…

Dan perjalanan masih jauh…

Wisma Yayasan Sabah Kaherah ,
Abbas Al-Aqad , Cairo

About Lutfi Hafifi

Haji Mohd Lutfi Hafifi.
This entry was posted in Perjalanan InI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>