
HARI-HARI adalah HARI IBU..
Hari ini 10 mei 2009 , mengikut takwimnya hari ini ialah hari Ibu , disambut setiap ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun..sedari pagi tadi , telinga saya asyik dijamu dengan kisah hari ibu oleh kawan-kawan , ada yang menelefon ibu mereka , ada berchatting dengan ibu mereka dan macam-macam.
Tidak macam saya. Bila ditanya , saya hanya berdiam diri tidak memberi respon , sekadar senyuman buat kawan-kawan. Saya tidak aktif berbicara isu hari ibu.
Mama menelefon saya pagi tadi , tidak saya angkat. SMS juga tidak berbalas.Saya tidak sibuk , cuma sengaja tidak mengangkat dan menjawab sms. Timbul juga sedikit kekesalan kerana tidak mengucapkannya pada mama di hari ibu ini, sedih sebenarnya… Namun , apa yang paling penting bagi saya. Hari Ibu bukanlah sekadar satu hari sahaja ,PADA SAYA .. HARI-HARI MERUPAKAN HARI IBU…
Sukar untuk saya perjelaskan perasaan saya pada hari ini , rindunya saya pada mama memang membuatkan saya hiba dan benar-benar rindu kasih sayangnya , rasanya kita seharusnya sudah memahami mengapa saya katakan “hari-hari adalah hari ibu” , selagi kita masih ada didalam dunia ini , kita harus raikan dan bersyukur atas kurniaan ALLAH S.W.T pada kita , IBU TERCINTA…
Ingatnya Ibu pada kita , kekal sepanjang hayat…
HARUSKAH kita hanya meningatinya hanya sekali dalam setahun??
Sayangnya Ibu pada kita , tidak bertarikh…selagi ia hidup baginya setiap hari adalah “HARI ANAK”…
Sekali-sekala kita merindui ibu kita , percayalah..didalam hati mereka tidak pernah sekali mereka terlepas dari merindui anak-anak mereka..
Buat mama yang tersayang , saya sentiasa menyayangi mama sampai bila-bila , terima kasih atas didikan dan kasih sayang mama..Restuilah saya hingga akhirat , ampunkan dosa-dosa saya.. Doakanlah anakmu agar senantiasa di bawah lindungan ALLAH S.W.T.. agar menjadi anak yang soleh dan mengenang budi.
Coretan anakmu yang merinduimu di Bumi Mutah..
12.30 pagi , 11 mei 2009.




Salam..np xangkat n bls sms mama kamu???
hihihi
Salam,
Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud. Penuh cinta dan kedamaian.
Benar bahawa kasih ibu kepada anaknya tak terbatas. Pengorbanan ibu jika dihitung tidak akan terbalas oleh seorang anak. Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dikala lara. Ibu adalah mata air cinta.
Buat pertama kali mak cik mengembara ke blog kamu. Banyak ilmu dapat dimanfaatkan. Teruskan dan selamat menimba ilmu di negara Jordan.
Benar kata mak cik…Ibu adalah segala2nya bagi saya..