
Assalamualaikum….
Semalam saya ke rumah pak long & Abg.Zuhairi (Bayt Bujang Lapok) salah seorang senior kuliah Adab di Mu’tah. Beliau merupakan diantara pelajar Malaysia yang tinggal serumah dengan sahabat-sahabat pelajar Indonesia yang turut belajar di Universiti Mutah.
Sebenarnya sudah lama saya bercadang untuk mempelajari cara-cara membuat Bakso ni dengan pak long , mungkin sebab selalu sibuk menyebabkan kurang kesempatan.
Akhirnya ,semalam dapat juga meluangkan masa untuk ke rumah Pak Long untuk belajar ” GI MANA MAU NYEDIA IN BAKSOO”…Beruntung pak long ini , selain daripada pandai menyediakan masakan melayu Malaysia , dia juga boleh menyediakan masakan Indonesia , maklumlah ahli-ahli rumahnya semua Indonesia.
Jadi mari kita mulakan ……..
BAKSO HAJI LONG MUTAH
(A) Bahan-bahan bebola bakso :
1. Daging lembu – 2 kg (Dihancurkan/dilumatkan)
2. Serbuk lada putih – 3-4 sudu
3. Serbuk lada hitam – 3-4 sudu
4. Serbuk ketumbar – 3-4 sudu
5. Tepung jagung – satu gelas
6. Tepung penaik – sepaket kecil
7. Garam – secukup rasa
8. Bawang putih – 1 labu
7. Putih telur – 2 biji
8. Kiub ayam
cara-cara menyediakannya :
1. Daging yang dibeli tadi , dilumat-lumatkan , biar sampai benar-benar lembut.

2. Kisar semua lada putih , ketumbar , lada hitam , kiub ayam , putih telur , garam .
3. Kemudian , gaulkan dan uli bahan yang dikisar tadi dengan daging hingga bena-benar sebati.

4. Kemudian , gaulkan dan uli pula dengan tepung jagung dan tepung penaik hingga sebati dan kental.

5. Sesudah diuli , bulat-bulatkan adunan tadi megikut ukuran yang anda suka.

6. Masukkan ke dalam periuk yang betul panas , biar ia masak . Tanda bebola daging bakso masak bila ianya terapung.

TIPS :
* Cara uli sperti roti canai , untuk mengentalkan , doh daging tadi di tumbuk-tumbuk dan dihempas-hempas.
* masa uli : paling baik 45 minit – sejam.
(A) Bahan-bahan sup Bakso :
1. Tulang lembu (jika tiada gantikan dengan ayam pun tidak apa)
2. Bawang putih -dikisar
3. Kiub ayam
4. Serbuk lada putih
5. Serbuk ketumbar
6. Garam secukup rasa
7. Sayur sawi
8. Bawang goreng.
Cara-cara penyediaan :
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan bahan-bahan lain.
3. masukkan air biar mendididih.
4. sayur sawi dan bawang goreng masukkan akhir sekali.
(C) Bahan-bahan sambal Bakso :
1. Cili merah
2. bawang putih
3. garam
4. daun salam
Cara-cara menyediakannya :
1. Semua bahan diatas dikisar dan ditumis sampai masak.
BAKSO SUDAH SIAP !!!
Anda boleh memilih untuk makan bakso ni dengan meehon atau mee (kalau di Jordan , kami menggunakan spagethi yang betul2 halus).
Anda juga boleh memilih untuk makan bakso ni dengan nasi putih.
Begitulah sedikit sebanyak , pengalaman yang saya boleh kngsikan bersama.Insyallah di masa akan datang , saya akan memasukkan resepi makanan Arab pula..
Jumpa lagi.
“Menu Lazat , Menu Nusantara”
Mohd Lutfi Hafifi Bin Japili.


salam
akhi muskil kat daging lembu tu..daging tu beli gading yang dah hancur or yang segar bugar tu??
wslm..
kalau di sini , saya beli daging lembu yang beku (tak hancur lagi) , kemudian mintak tuan kedai tu kisarkan. Kalau beli daging lembu yg dah sedia di kisar (mafrum) x jadi (dalam paket2).
oooo…ok terima kasih..nampak sedap, mungkin boleh dicuba..saya pun tinggal dengan rakan-rakan dari Indonesia
Insyallah , nnti kalau dh cuba boleh bagi saya rasa… (“,) ..
Assalamualaikum. Setelah sekian lama mencari resepi bakso bagi orang yang berada diperantauan.. Terima kasih. Minta izin nk salin ye.. =)
aku ni kalo tgk org wat bakso mcmner..jwbnyer mmg aku takkan mkn la bakso tuh..lg2 tgk gmbr ko post tu..huhuhu..dah2..jgn ko coba utk membantutkan seleraku terhadap bakso..hehehe ‘p
sy hendak membuka kedai bakso di kelantan tetapi sy xtahu hendak membeli mesin bakso di mana??=
Cik/puan yusma , terima kasih atas pertanyaan . saya pun tidak pasti samada mesin nya ada dijual atu x. tapi kalau ‘handmade’ kan lagi sedap . Wahh..mahu buka kedai bakso di kelantan , nanti bolehlh saya singgah dikedai bakso cik/puan yusma. apa2 pun , terima kasih atas ziarah ke blog saya.
TEPUNG PENAIK TU APE YE
baking powder
bley tak kalo wat bakso tu tapi tak letak baking powder?? if tukar sawi kepada kubis saya rasa lg sedap kot..
Razz : takut kalau x letak baking powder x menjadi leee..huhu.. x kmbang.. sawi pun ok juga…hehe..
tq 4 sharing…
sy akan cuba masak utk berbuka ptg ini…
Aassalammualaikum,nk tanya sikit tepong penaik tu yg mane satu???sukatan tu brapa gm?tepong jagung tu brapa gm?sbb 1 gelas -gelas bbeza2..bimbang tlalu keci or tlalu besar sizanye
bahan2 sambal bakso tu boleh tak jelaskan berapa batang cili,brapa ulas bwg putih n brapa byk daun salam dperlukan…
Terima Puan/cik Melor,
Saya letak je sambal tu ikut suka. Terpulang pada kita nak buat bnyak mana.
Di Jordan, kami guna tepung penaik yang beli di kedai. Jenama x ingat. Mmg tepung penaiklah.
Letak sikit je. dalm 1 sudu kecil.
Pastu tepung jagung pun, ikut je agak2 rasa.
Orang bujang masak kan. Masak apa pun jadi.
Yang penting yakin.
X minat main gram2 dan bergelas2 ni. hihi..suka main agak je.
Tapi kalau buat kek maybe kot ikut sukatan.
Terima kasih ye. dtg lagi.