
“Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan serta pohon-pohonan, keduanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia telah meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampau batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah (laksanakanlah) timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (Al-Rahman , 5-9 )
“Islam berusaha menjaga alam sekitar dan segala elemennya dengan cara memberikan penekanan terhadap tuntutan moral, peraturan dan undang-undang” (Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi, Riayatul-Bayiat fi Syariatul-Islam)
Apabila saya meletakkan gambar beruang Panda sebagai profile picture di FB, beberapa orang kawan telah menegur mengenai perkara itu. Tidak kurang juga yang berjenaka mengatakan saya seperti seekor Panda (Saya cepat sedar diri)
.
Namun tahukah anda apa asas sebenar saya lakukan perkara sedemikian? Saja suka meletakkan gambar panda atau bagaimana?
Inilah yang saya ingin kongsikan bersama rakan-rakan semua.
Panda merupakan duta WWF (World Wildlife Fund) yang mana badan ini merupakan sebuah badan sosial yang berusaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang kesedaran alam sekitar, kesedaran mengenai habitat yang hampir pupus dan pelbagai lagi bentuk kesedaran mengenai bumi ini.
Berturutan dengan kesedaran tersebut saya pasti tidak ramai yang tahu bahawa pada 22 April setiap tahun akan diadakan hampir di seluruh dunia agar meningkatnya kesedaran masyarakat terhadap isu ini.
Saya ingin kongsikan kepada semua, apa sumbangan yang anda boleh lakukan untuk sama-sama meningkat kesedaran setempat mengenai hari bumi ini. Walaupun ia disambut hanya setahun sekali, namun kesedaran yang harus kita pupuk bukanlah hanya pada hari ini saja malahan haruslah berterusan sampai bila-bila.
Bagi masyarakat Muslim terutamanya, kita dituntut agar menjaga bumi pinjaman Allah buat kita dengan sebaik-baiknya dan jangan kita lupa, kita hanya menumpang di bumi Allah S.W.T ini. Seperti dalil dari Al-quran dan pendapat ulama’ yang saya berikan diawal artikel ini jelas menunjukkan yang Islam sangat menitik beratkan isu ini.
Jom kita lakukan usaha terbaik sebagai masyarakat yang cakna alam :
•Penggunaan Lampu Jimat Tenaga
Dengan menukar satu mentol lampu biasa kepada tenaga jimat ” energy saving ” mentol dapat
mengurangkan 67.5kg karbon dioksida setahun.
*Mentol energy saving ini boleh didapati secara meluas dimana-mana pasaraya diserata dunia. Ini dapat membantu lagi usaha kita untuk menjaga bumi ini.
•Kurangkan Penggunaan Kenderaan
Banyakkan berjalan kaki, berbasikal, perkongsian kenderaan atau kenderaan awam.
*Mungkin ramai yang tidak setuju atas dasar banyak urusan masing-masing, namun apa salahnya sekali sekala kita lakukan perkara ini? Bukankah ia perkara yang baik?
•Banyakkan Kitar Semula
Kenalpasti dan asingkan barangan terbuang yang boleh dikitar semula di mana ia mampu.
*Ini sangat membantu, kitar semua sangat menjimatkan dan menguntungkan.
menjimatkan 1,080kg karbon dioksida.
•Pastikan angin tayar kenderaan anda cukup
Dengan memastikan tayar kenderaan anda sentiasa cukup, anda mampu meningkatkan
perjalanan anda sehingga 3%. Setiap 4.4 liter minyak petrol, anda mampu menjimatkan 9kg
pembebasan karbon dioksida ke udara.
•Kurangkan Penggunaan Air Panas
Mengurangkan penggunaan air panas terutama pemanas pancuran mandian dapat jimatkan
penggunaan tenaga.
*Terpulang kepada kita, kalau musim sejuk kena juga air panas. Tapi bagaimana teknik penjimatan yang kita boleh gunakan sebaik mungkin dalam penggunaan air.
•Tiada Beg Plastik bagi pembelian barangan
Dengan tidak menggunakan plastik untuk hasil pembelian barangan di pasaraya dapat
mengurangkan 540kg.
*Ia sangat praktikal dan saya nampak banyak pasaraya di Malaysia yang semakin cakna dengan isu ini dengan tidak menyediakan plastic setiap hari Isnin, jadi pelanggan bawa bakul sendiri. Lebih baik, Lebih bagus!
•Laras Penggunaan Hawa Dingin
Mengubahkan suhu kepada 2 darjah mampu mengurangkan 900 kg karbon dioksida setahun.
•Tanam pokok
Setiap pokok mampu menyerap lebih 1,000kg karbon dioksida sepanjang hayat pokok tersebut.
•Kurangkan Penggunaan Barangan Elektronik
Tutup suis barangan elektronik di rumah anda sekiranya tidak digunakan dimana anda dapat
menjimatkan 1,000kg karbon dioksida setahun.
Begitulah sedikit sebanyak yang saya ingin kongsikan kepada pembaca semua agar kita sama-sama memainkan peranan ini supaya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.
Tanpa mengira apa juga status anda, tingkatkanlah kesedaran yang baik tentang isu ini.
Sebarkanlah kepada semua rakan-rakan anda yang belum tahu.
Beritahu mereka betapa pentingnya mereka dan mereka sangat diperlukan untuk menjadi salah seorang yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan dunia ini!
Kita berdoa pada Allah agar diberikan kebaikan dunia akhirat, dijauhkan dari bala bencana dunia yang berpunca dari kelalaian kita yang tidak sedar.
Semoga kita terus sedar dan lebih bertanggungjawab!
Selamat hari bumi!
“Hidup ini biar selalu berbakti..”
Mohd Lutfi Hafifi,
Kota Kinabalu, Sabah.
Share on Facebook