PUISI : MEMILIH QADA’

MEMILIH QADA’

Dalam luka naluri insani
Awan biru kepul membisu
Tenang tanpa khabar
Petanda taat pada pencipta
Adakah mereka memilih Qada’?

Tika patuh umat bersujud 
Cari tanda atas petanda
Bumi sunyi bernada tiada
Menghampar hampa
Adakah mereka memilih Qada’?

Saat lautan jadi tumpuan
Hanya gelora beri jawapan
Jauh bertandang tiba
Pulang tanpa setia
Adakah mereka memilih Qada’?

Angin terus bertiup
Laju, tiada
Sepoi, tiada
Belum mahu membuka hijab
Adakah mereka memilih Qada’?

Dalam mahu
Kita sedang percaya
Ujian bernilai hikmah
Doa berlagu hikmah
Usaha berjalan hikmah.

QADAR PASTI. IMANI.

LUTFI HAFIFI

Gombak.

Leave a Reply