PUISI : MAULIDMU DI BUMI AQSA

MAULIDMU DI BUMI AQSA

Tika kenangan kelahiranmu dikuak

Masih lagi mereka tercengkam sepi

Diratah rakus manusia durjana lagi kejam

Perampas yang tidak mengenal

Erti Manusia

Erti keamanan

Tidak terbuku didalam hidup

Apatah lagi makna sebuah kebebasan

Hanya angin perjuangan

Akan mereka lagukan sepanjang kembara hidup

Ya Rasulullah

Luahan sabdamu tentang bumi ini

Akan di dakap penuh erat

Hingga akhirnya

Bila saat  waktu janji-Nya itu bermula

Mohd Lutfi hafifi

6 Mac 2009

Syarie’ Jamiah – Mutah

Leave a Reply